Thursday, March 21, 2013

Kenapa aku Membangkang?

photo ping to google

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. kali ni aku post pasal kenapa aku membangkang kerajaan. Ni adalah post yang disalin dari seseorang warga fb:


Kenapa aku membangkang? Aku ni hidup melarat sangat ke? Tak boleh ke aku hidup macam orang biasa. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur, besok pagi bangun pergi kerja balik. Dapat gaji, bayar hutang, ada balance beli baju sikit, rasa happy dan senyum.

Apa yang aku sumbang untuk society? Tax? Sampai ke duit tax aku kat society? Ok. Itu yang aku bangkangkan. Because of what? Orang sekarang kebanyakan terlalu bergantung hidup dalam comfort zone. They do not care about poverty, dorang tak kisah pasal keciciran pelajaran di kawasan luar bandar, dorang tak pernah fikir tentang berapa ramai yang mati setiap tahun sebab tak mampu beli ubat. aApa yang dorang tau, tu semua kerajaan dah handle. buat apa kita sibuk? Pandailah dorang buat kerja. You guys are fucking pathetic.

Tak rasa kan benda benda ni? Memanglah. Duduk Bandar. Boleh eksyen. Pakai fancy fancy, malam minggu boleh bertenggek. Cuba pergi pedalaman Sabah, Sarawak, kawasan orang asli Pahang, Perak, Johor. Dorang ni yang banyak tertindas. Kononnya dah dimajukan. Tapi semua atas kertas dengan buletin utama je. Tiap-tiap tahun ada peruntukan membasmi kemiskinan dalam belanjawan. Tapi tak cukup. Apa yang dikisahkan, buat bangunan tinggi-tinggi, bikin international event gempak gempak sebab nanti semua negara mat saleh boleh nampak yang kita ni maju. What the hell is that for?

Kerajaan dah kaut hasil bumi kat tempat tempat orang ni. menteri menteri datang 5 tahun sekali naik heli, kasi baju dacing lepas tu buat bodo. Macai-macai datang hari hari bawak traktor, bawak lori. Balak kau angkut, pasir kau angkut, royalti kau masuk poket. Seriously, buat apa ada bangunan 100 tingkat kalau anak-anak asli ni masih belajar dalam reban? Buat apa lantai kilat kilat tapi masih ada sekolah yang berlantaikan papan. Buat apa kawalan keselamatan kat rumah menteri Gred A++ kalau anak anak asli ni hari hari pergi sekolah dengan risiko keselamatan?

Ok fine. Kau kasi dorang RM500. RM500 tu tahan sampai bila? Sehari? Seminggu? benda basic jelah buat. Turun harga minyak. Jadi semua harga barang khususnya barangan runcit akan turun. Tua muda miskin kaya semua dapat merasa. Ini orang asli pun beli petrol 500ml dua ringgit. tengok, kau tindas lagi.

Jangan banyak membazir atas benda benda yang tak perlu. Pentingkan kemudahan dan pendidikan masyarakat luar bandar. Kau suruh orang balas budi. Tapi bila dorang dah undi kau, tak pula kau balas budi dorang. Kau yang patut bersyukur pada pengundi pengundi yang dah kau bodohkan selama ni. bukan dorang dan kami semua yang patut syukur kat kau. majukan minda, bukan batu konkrit. - Johan

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan