Novel: Nama Atas Kertas





Title: Nama Atas Kertas

Writer: Nasron Sira Rahim


Mengisahkan dua orang polis muda yang ingin menyiasat mengenai pembunuhan. Sebuah novel thiller logik akal dan memerlukan anda berfikir ke tahap maksimum. Aku pun pening baca novel ni. Bagi aku, hanya ahli matematiklah yang dapat selesaikan puzzle yang diberikan oleh pembunuh itu. Sebab ahli matematik sangatlah genius.


Jadi, jika anda ahli matematik @ anda berasa diri anda seorang genius, selesaikanlah puzzle dalam novel ini. Serius aku cakap, jika anda beli, 1sen pun tak rugi. Karyanya sangat hebat. Mungkin pengarangnya adalah ahli matematik. Aku tak dapat kesan lagi latar belakang pengarang novel ni. Novel pertama yang jenis ni aku pernah baca. Sangat memuaskan. Sanggup aku tidur lewat malam semata-mata baca novel ni.



Sinopsis:
Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada: NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada? “Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…” TAWARAN Buah fikiran anda diperlukan! Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya. 

Comments