Tuesday, November 27, 2012

Novel: Leaving Microsoft to Change the World



photo ping to google


Tajuk: Leaving Microsoft to Change the World
Pengarang: John Woods

Novel ni memang gempak la. Tak rugilah habis RM22. Masa dalam kedai buku, sempat la juga usyar-usyar pakcik google pasal buku ni. Banyak ulasan best pasal buku tu. Aku pun beli je la. Ingatkan nak beli buku 9 Nyawa karya RAM. Tp aku lebih tertarik dengan tajuk 'microsoft' dalam novel ni. 

Masa aku baru baca 3 bab (40 ms lebih kurang), memang rasa NAK MENANGIS pun ada. Memang best. 
Permulaan novel ni dia cerita fasal John Woods (pengarang) jadi orang besar dalam Microsoft, dia pergi mengembara ke Nepal. Dia lihat orang Nepal tu kurang asas pendidikan waktu kecil. Dia tolong dapatkan asas pendidikan tu.

Best sangat-sangat. Tak banyak kata-kata bombastik & berbunga. Tapi kaya dengan falsafah dalam ni. Boleh dikatakan 90% dalam buku ni adalah fakta semata-mata. Jarang sangat jumpa dialog. Banyak benda baru yang aku dapat bila baca buku ni walaupun baru bab 3.

Penulis menggunakan kata nama 'aku' dalam novel ni, dari tu, aku pun dapat menghayati jalan cerita yang memang gempak ni. Tak rugi habis duit. Antara petikan yang aku ingat yang best dalam novel ni “Bagaimana buku dpt menyebarkan ilmu pengetahuan sekiranya ia disimpan rapi?” 

Ulasan-ulasan mengenai novel ni yang dimuatkan dalam novel ni:


“Bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya beratus-ratus orang mengikuti jejak langkahnya?"
- Mantan Presiden AS, Bill Clinton

“Kisah yang menawan hati.. menyedarkan... John Woods adalah penulis yang luar biasa”
- Library Journal

“Kisah hidup John Woods adalah suatu kisah perubahan hidup yang mempersonakan tentang seorang hulubalang Microsoft yang menemui pendidikan kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia”
- Marc Andreessen, pengasas bersama, Netscape Comm.

“Jika dengan bekerja cara kita membayar semula nikmat hidup di dunia ini, maka perjalanan hidup John Woods meneroka dunia kerja amal kebajikan adalah bukti kepada ungkapan lama itu. Buku ini sarat dgn inspirasi, & pasti menyentuh hati ramai pembaca”
- Booklist

So, percayalah cakap aku, kalau anda beli & baca buku ni, tak rugi langsung.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan