Saturday, October 13, 2012

Novel: Takdir



Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpendam karya Hilal Asyraf keluaran Galeri Ilmu.

Novel terbaik aku pernah baca. Membuatkan aku terhenti bernafas sebab baca novel ni. Karya fantasinya memanipulasikan kejadian tempat yang memang kita fikir tak logik yang membuatkan aku benar-benar mengiyakannya bagai memang terjadi sekarang di tempat itu. Aku anggap inilah novel yang terbaik karya abang Hilal. Sangat memperngaruhi akal aku.

Sinopsis:
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yang lalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manuasia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya KIai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota 'Hijau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan