Sunday, October 14, 2012

Novel: Negeri 5 Menara

photo ping to google

Karya A.Fuadi. Diterjemah dari bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu. Antara novel islamik tradisional + moden yang terbaik pernah aku baca.
Karya yang mengisahkan seorang remaja yang ingin belajar di sekolah pondok (madrasah). Madrasahnya adalah PONDOK MADANI di Gontor, Indonesia. Antara pondok paling berpengaruh di dunia. Antara pondoh paling besar di dunia. Dilengkapi dengan skuad kawat kaki, pasukan gitaris (main gitar elektrik) Pondok Madani adalah pondok moden. Antara pondok yang terbaik. Sangat besar tempatnya. Tak percaya? 'Google'lah.

A.Fuadi telah mencipta satu karya yang bagus untuk anak-anak remaja, terutama pelajar pondok & sekular. Novel ni pun baru sahaja diadaptasi kepada filem yang telah mendapat sambutan dari seluruh dunia! Novel ini juga telah berada di German !

Beli & bacalah. Anda tak akan rugi. Percayalah cakap aku.

Sinopsis:

Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar ranah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi air biru di Danau Maninjau. Tiba-tiba dia perlu melintasi selatan Sumatera menuju sebuah desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya mahu Alif menjadi Buya Hamka tetapi dia mahu menjadi Habibie. Dengan setengah hati, dia menurut permintaan ibunya, belajar di pondok.

Pada hari pertama di Pondok Madani (PM), Alif terkesima dengan 'mantera' sakti man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Disatukan akibat hukuman tidak menepati masa di asrama, Alif bersahabat dengan Raja, Said, Dulmajid, Atang dan Baso. Di bawah menara masjid, mereka menunggu Maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Ke manakah impian membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan