Monday, October 15, 2012

Hudud Adalah Milik Islam

image ping to google

Ok. Kali ini aku akan bicarakan mengenai HUDUD. Tapi bagi sesiapa yang berfikiran sempit, berfikiran menjurus kepada politik semata, dinasihatkan supaya abaikan post ini. Aku bukanlah ustaz utk syarah pasal hudud ni. Tapi aku menggunakan pemikiran yang menolak politik untuk memikirkan hudud ini.

Hmm, HUDUD? Apa yang anda paham? Potong tangan je? Rejam je? Tak kejam ke tu ha? Kejam wooo. Zalim lagi tu. Tapi, cuba anda semua fikir, hudud ni telak termaktub dalam perlembagaan islam sejak lebih 1400 tahun dahulu lagi. I mean AL-QURAN. Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Utusan Terakhir Muhammad saw. Nabi bagi sekalian alam dan umat pada zaman ini. Tiada mana-mana dalam al-Quran yang kita boleh tolak, waima huruf 'alif' sekalipun. So, kenapa perlu tolak hudud? Sebab kejam ke? 

Hudud ni adalah hukuman kepada pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan (ye la, mane ade pesalah yang tak melakukan kesalahan). Pesalah yang bersalah ini DIWAJIBKAN ISLAM untuk terima hukum hudud. Kalau dia Hindu (contoh) dan dia mencuri, dia tak akan dikenakan hudud. Senang macam ni, anda islam kan? (Bagi yang islam). So anda kena solat. Orang hindu @ buddha kena solat macam kita solat tak? Kita kena solat macam mereka solat tak? Islam cara islam, bukan islam ikut cara mereka sendiri.

Ok. Anda semua ingat hudud ni boleh jatuh hukum macam tu je ke? si fulan mencuri, kerat terus tangan dia? Kejam la tu weh.. Sebenarnya, hudud ni agak sukar prosedur dia. Banyak syarat dia nak:

  • Saksi kena ada beberapa orang islam yang tidak fasik.
  • Barang yang dicuri tu berapa nilai dia.
  • Kenapa dia mencuri.
  • Bagaimana keadaan barang itu ketika dia curi.

Ada la pulak pihak-pihak yang membantah Hudud ni. Cakap hudud ni PAS yang buat la. Hudud kejam la. Tak sesuai di negara Malaysia la. Bagai lagi la. Ok. Hmm, tapi kenapa Sultan Brunei sokong hukum hudud? Sedangkan sultan negara sokong, anda rakyat yanh rendah lagi hina martabatnya senang-senang nak tolak? Kenapa Malaysia tak sesuai pulak? Many race? Tu bukan alasan la. Ramai dah negara yang laksanakan hukum hudud ni. Ok je negara mereka. Kadar jenayah menurun pulak tu. Tapi kenapa ada sesetengah rakyat negara ni tolak hudud?

Hudud PAS buat? Sape ajar ni ha?!

Hudud termaktub dalam al-quran. Dalam rukun iman, ada 'percaya kepada quran'. Ataupun ada ajaran yang mengatakan 'quran ni, kita boleh ambil hukum yang mana kita suka, yang tak suka, tak payah guna'. Ada ke ajaran macam ni? Tolong jangan sempitkan pemikiran anda dengan Politik. Free politik untuk fikir tentang islam.

TAK PERGI MASJID SOLAT BERJEMAAH SEBAB MARAHKAN IMAM. BODOH NAMA DIA..
samalah dengan 
MARAHKAN PAS, TOLAK HUDUD (HUKUM ALLAH)

Seterusnya, kalau anda semua perasan, tak banyak jenayah yang dikenakan hukum hudud. Sikit je. Tak sampai sepuluh.Mencuri, berzina, lagi? Aku pun tak ingat dah . lol. hahahaahha.

Di sini aku nak cakap, jenayah yang dilaksanakam hudud ini adalah jenayah yang tidak dapat dibendung dengan akal fikiran manusia. Sebab tu Dia menurunkan hukum hudud. Paling senang nak bagi contoh ialah berzina. Kalau masuk penjara, berapa tahun je? Paling tak sebat. Tapi penjara malaysia best woo, makan free, hidup terjamin. Kerajaan habis duit kat penjenayah. Pastu bila penjenayah tu keluar penjara, bukannya nafsu dia hilang sebab masuk penjara. Tapi hudud bijak, ada hukum kepada dara dengan teruna, janda, suami orang. Semua hukum berbeza. bukannya asalkan berzina, kena hudud. Tak la. Tanya ustazah anda semula. 

Ni ada pulak yang mengatakan “mencuri potong tangan kanan. Pastu mencuri lagi, potong tangan kiri. Pastu kalau mencuri lagi, nak potong apa? Lebih baik orang yang mencuri tu kita bagi kerja. Dapat jugak dia hidup tanpa dosa”.

Ini adalah puak-puak islam yang tak paham konsep. Dah kalau potong tangan kanan (contoh) dah, klau pesalah tu nak mencuri lagi, maksudnya pesalah tu tak normal la weh. Bukan manusia kalau dah kena potong tangan sebab mencuri, dia nak mencuri lagi. Bodoh benar namanya. Pastu ada ke patut bagi kerja kepada pencuri? Best gila. Baik aku tak payah ambik SPM macam ni, pergi mencuri, dapat kerja. Pastu orang yang mencuri tu dapat jadi pengawal keselamatan bank. Dua kali bodoh la namanya. Pencuri kereta, bekerja di kedai jual @ baiki kereta.

Kita ini orang islam. Pasal hukum sendiri pun tak terima. Ingat Allah suka-suka ke nak buat hudud. Fikir pakai otak la. Dalam quran yang pasal hudud tu bukannya ayat mutasyabihat (tersirat). Ayat tu nyata. Kenapa kita solat? Sebab ada dalam quran. Kenapa kita tak laksanakan hukum hudud? Tak ade dalam quran ke? Walhal, rujukan pertama orang islam adalah al-Quran. Diikuti as-Sunnah. Tapi sekarang, rakyat dah berfikiran sempit sangat. Dimomokkan dengan politik. 

Post diatas ni adalah kepada hukum Alllah yang lain juga seperti Qisas dan lain-lain.

© copyright naimalkalantani.com

1 comment:

  1. jom lawati blog yang superawesome di http://www.thatzeloseven.blogspot.com

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan