Friday, October 5, 2012

Aku Minta Maaf


Hampir menitis air mata
Bila program Restu Ilmu
Di pagi hari hening
Tp aku tabah bertahan
Aku sebak
Aku banyak buat dosa kepada si pendidik
Yg kental
yg tak kenal erti penat lelah jerih perih
Membanting tulang empat kerat
Tidak terluang masa bersama si keluarga mereka

Tadi
Si pendidik berkata, “awk menangis Naim?
Jangan menangis, kalau awk menangis, sy pun nak menangis”
Aku,menahan sebak
Apakah daya aku, dosa amat byk..

Tadi aq membongkar kesalahan
Dan meminta keampunan
kepada pendidik kental SMKJP
“Maafkan sy jika terkasar dgn cikgu
Maafkan sy jika sy tidak buat kerja rumah
Maafkan sy jika sy banyak bermain
Maafkan jika sy berkata celupar
Maafkan sy jika menyinggung perasaan
Maafkan sy jika bergurau kasar
Maafkan jika sy mengutuk selama ini
Maafkan jika sy ponteng kelas
Maafkan jika sy ponteng tusyen
Maafkan jika sy main-main dlm kelas

Tapi guruku
Aku meminta maaf
Jika SPM tiba
Aku tidak dapat mengembirakan hatimu
Aku tidak cerdik
Aku tidak pandai
Walau aku dididik olehmu yg bersungguh menentu kejayaan milikku

Aku dapat meramal masa depan
Jika aku gagal akhir nanti
Maafkan daku
Aku tak akan salahkanmu
Tetapi itu salahku jua.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan