Saturday, September 29, 2012

Novel: Fiksyen 302



Sesiapa yang ada duit lebih, aku sarankan beli novel ni. Aku jamin, 100% anda semua tak akan rugi. Aku sudah baca. Novel ini boleh membuatkan anda semua jadi GILA.  Serius aku cakap! Aku sudah alami. Serius aku hampir-hampir jadi gila & aku tak dapat teruskan baca novel ni lagi. Aku stop sekejap, lepas tu sambung balik.
Kisah mengenai minda, kuantum anjakan, minda separa sedar, otak tengah, benda-benda tak logik adat tapi logik akal untuk difikirkan. Minda anda semua boleh terpengaruh. Cikgu BM aku sampai termimpi-mimpi baca novel ni. Aku sampaikan tak berani keluar bilik lepas baca novel ni. Ni bukan novel seram, tapi novel yang mempengaruhi minda anda semua. Saranan aku bagi pembaca yang lemah semangat, baca dengan tenang novel ni, jangan baca waktu malam, jangan baca street sangat. Sebab aku risau otak anda semua jadi tak betul & akan jadi penakut lepas baca novel ni. Don't judge the book by its cover. But I judge the book by its writer. RAM terbaik ! Pemikiran tak dijangka. Penghasilan novel yg berkualiti tinggi. Tabik abang RAM.

Sinopsis:
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan. Tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan