Kelemahan Pistol


image credit to: pakcik google

Ada orang tanya kepada aku, "Buat apa mahu belajar silat? Sekarang orang pakai pistol dah. Kau baru je nak buka langkah, dia sudah tembak kau dah"

Sebenarnya saya ada Jawapan kepada kenyataan ni.

Ya, memang sekarang orang pakai pistol. Tapi fikirlah, tak ada orang yang datang kepada anda saja-saja, lepas tu tembak anda kecuali dia memang nak bunuh anda. Selalunya penjahat datang BUKAN nak BUNUH anda, dia tahu kalau dia bunuh anda dan die dapat ditangkap, gantung sampai mati weh. Dia datang mengacu pistol kepada anda sebab nakkan harta atau barang yang anda ada.

Dan dalam silat saya belajar, ada cara nak elak pistol. Statement yang aku pegang ialah "KITA BOLEH ELAK PISTOL, TAPI TAK BOLEH ELAK PELURU". Penjahat hanya tembak bila jarak penjenayah dgn mangsa itu dekat SAHAJA. Jika jauh, kemungkinan kita boleh elak (sebab tu ada pelajaran Yoi dalam silat). Kalau dia tembak tak kena, itu akan mengejutkan orang awam yang berada disekeliling kita. Jika kita dah kena cekup dengan penjenayah dan pistol diacu di kepala kita, benda yang kita kena fikir & percaya ialah "Penjahat ni bukan nak tembak aku, dia cuma nak harta aku". Lepas tu, kita kena belajar bertenang a.k.a relax.

Comments

  1. silat gayung malaysia ke?lebih baik ada ilmu silat drpada xda langsung.orang yang xda ilmu silat tu pun,belum tentu ada pistol..

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan