Saturday, September 29, 2012

Novel: Fiksyen 302



Sesiapa yang ada duit lebih, aku sarankan beli novel ni. Aku jamin, 100% anda semua tak akan rugi. Aku sudah baca. Novel ini boleh membuatkan anda semua jadi GILA.  Serius aku cakap! Aku sudah alami. Serius aku hampir-hampir jadi gila & aku tak dapat teruskan baca novel ni lagi. Aku stop sekejap, lepas tu sambung balik.

Thursday, September 20, 2012

Mengapa Perlu Simpan Emas?

Tahukah Anda?

photo ping to nowiknow


Amerika mempunyai rezab emas terbanyak di dunia iaitu 74%? Tetapi Malaysia mempunyai hanya 1.4% sahaja. Mengapa negara yang menguasai wang kertas dan mencetak sesuka hati, mereka menyimpan emas sebanyak itu? Mari kita kaji.

Thursday, September 13, 2012

20 Fakta Menarik Tentang Islam




Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
  1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.
  2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
  3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
  4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
  5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030
  6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
  7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
  8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
  9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11
  10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
  11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
  12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
  13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
  14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
  15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
  16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
  17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
  18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
  19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
  20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
sumber: blogger

Infografik: Hidup Pengasas Apple, Steve Jobs


Walaupun Steve Jobs telah pergi, berita mengenai beliau masih lagi hangat diperkatakan, dimana ianya juga turut sama telah dirancang, sebuah filem khas berkenaan dengan beliau akan dikeluarkan. Sepanjang hidup beliau, pelbagai perkara beliau telah bawakan, merevolusikan pelbagai industri, dari industri animasi, sehingga ke perkomputeran, dan telefon pintar serta tablet.

Bagi yang berminat, anda boleh mengikuti kisah hidup beliau dalam bentuk yang amat interaktif sekali, dipersembahkan dalam sebuah bentuk infografik yang menarik dan ringkas.



Jika anda ingin mengenalnya, silalah menonton file Pirates of the Silicon Valley

Khatimun Nubuwah



Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya: Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.

Bagaimana?

Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.

Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya"

Amalan Khatamun Nubuwwah

Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah.

Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita

اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ
Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya

(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita

محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُ
Muhammad itu hambanya dan utusannya

(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan

تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْت
Berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki

(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri 

فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ
maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)

Dalam perubatan islam , ayat ini dibaca lalu ditiup pada tapak tangan lalu ditunjukkan kepada pesakit, ini adalah salah satu kaedah pancaran tapak tangan yang sering digunakan.

Saturday, September 8, 2012

Selling MP3 Clip in CHEAPEST price




Description:

1. Audio format support: MP3, WMA, WMV.
2. Compact & Stylish
3. Support up to 8gb external micro SD card.
4. Can be used as card reader.
5. High speed USB2.0.

Pertandingan Teka-Teki: Beras


ptehoto credit to: facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh rakyat dunia. Hari ni aku ada satu teka-teki. Sesiapa yang dapat jawab dengan tepat soalan ni, akan diberikan hadiah berupa topup Maxis @ Celcom sebanyak RM5. Sesiapa yang confius dengan soalan ni, boleh berbincang dengan rakan-rakan di bahagian comment

Syarat dan peraturan:

Friday, September 7, 2012

Malam Pendekar UiTM Pahang 2011


Post ni rasanya terlalu lama dah. Tahun lepas ni. Malam Pendekar GAyong kat UiTM Pahang. Ramai yang hadir menonton dan ramai anak-anak gayong turun buat demo. Dari Chini, Kuantan, Wilayah Persekutuan, UiTM jengka dan ada pertubuhan lain yang dijemput untuk buat demo antaranya ialah Silat Cekak UiTM Jengka dan Capoeira UiTM jengka. Best weh.. silalah lihat demo-demo di bawah.. Semua video ni original aku yang rakam kat tepi gelanggang guna phone kawan aku..

Saturday, September 1, 2012

Kelemahan Pistol


image credit to: pakcik google

Ada orang tanya kepada aku, "Buat apa mahu belajar silat? Sekarang orang pakai pistol dah. Kau baru je nak buka langkah, dia sudah tembak kau dah"

Sebenarnya saya ada Jawapan kepada kenyataan ni.